Monday, 28 October 2013

it's not just because

bismillahirrahmanirrahim

subhanallah walhamdulillah allahuakbar



well said kokping
true enough.
aku suka dia, kokping.
suka sangat.
moga Allah memberkati setiap amalan kokping,
moga Allah meredhai segala perbuatan kokping,
moga Allah mudahkan urusan kokping dan keluarga.
amiin.

(: 



kerana aku

bismillahirrahmanirrahim

subhanallah walhamdulillah allahuakbar

Allah
Aku lebih rela aku yang dilukai
Aku lebih rela aku yang disakiti
Kerana--
Sebab--
Aku tak sanggup melihat kesayanganku bersedih,
Berduka--
Berair mata--
Kerana aku.
Sebab aku.
Aku tak sanggup yaAllah, aku tak rela Allah, aku tak boleh.
Biar aku yang sedih Allah, biar aku yang menangis Allah.
Sebab, sudah tersangat lama aku ketawa.
Aku ketawa, aku lalai Allah.

Aku culas.

astaghfirullahal'azim

):

Friday, 18 October 2013

alif lam lam haa

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wassalim
alhamdulillah, thumma alhamdulillah 'ala kulli hal.

kalimah Allah tu kan,
kalau dibuang alif nya,
bunyi 'lillahi'
maksudnya 'milik Allah.'

jika satu lam dihapus,
maka terbunyi 'ilah'
yang bermaksud 'Tuhan.'

andai dibuang alif dan lam,
berbunyi 'lahuu'
yang maksudnya 'milikNya.'

jika dibuang alif, lam pertama dan lam kedua ,
dibunyikan 'hu'
yang bermaksud 'Dia.'

masyaAllah subhanallah.!
(:

setahun sudah

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wassalim
alhamdulillah, thumma alhamdulillah 'ala kulli hal.

14 Zulhijjah 1434H

genap setahun wan pergi
-
--
---
genap setahun rindukan wan
genap setahun wan, setahun

moga Allah lapangkan kubur wan
moga Allah kurangkan azab siksa kubur wan
moga Allah cucuri rahmat ke atas roh wan
moga Allah tempatkan wan dalam golongan orang-orang yang beriman dan solehah
moga Allah redha akan wan, amiin amin yaRabbal 'alamin.

wan tunggu adik kat pintu syurga eh, kita masuk sama-sama.

(':

must-do-first

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wassalim
alhamdulillah, thumma alhamdulillah 'ala kulli hal.

dekat dunia ni, macam-macam yang kita cakap kan.?
dalam sehari tu, tak terkira berapa patah perkataan yang keluar dari mulut kita kan.?

namun, ada yang mencatatnya.
ada yang merekodnya.
ada yang selalu melakukan kerjanya.
(:

kadang-kadang kita terlupa.
-
--
---
lupa, ada yang mencatatnya.
lupa, ada yang memandang.
lupa, ada yang melakukan kerjanya.

dan
bahaya apabila apa yang diperkatakan itu, kita tak buat.
bahaya apabila apa yang diungkapkan itu, tidak dilaksanakan.
kerana Allah murka, huu.
sebab tak baik kan.
kita nasihat orang, tapi tak buat, huu.

'Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri dari kewajiban(mu)sendiri, padahal kamu membaca Alkitab (Taurat)? Maka, tidakkah kamu berpikir?' (2:44) 

dalam surah as-saff pun begitu,

'Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.' (61:2-3)

sama-sama jaga lidah, jaga tangan eh.?
sama-sama megejar mardhatillah.
sebab kita nak masuk syurga, sama-sama kan.?
kalau masuk sorang-sorang, nanti nak main dengan siapa kat dalam tu.?
nanti nak pergi ziarah Nabi dengan siapa.?
(':

do not assume!

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wassalim

segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Yang Menciptakan, Yang Memberi, Yang Maha Agung dan Maha Adil.

dalam berhubungan sesama manusia, ada satu syarat kita harus patuhi.
dalam berbaik sangka sesama manusia, ada satu syarat kita harus penuhi.
in a relationship, there's a condition we have to fulfill, in order for the relationship stays as it is.

DO NOT ASSUME.!
if you didn't know, ASK.!
if you want to know, ASK.!
if you are curious, go ahead and ASK.!

sebab Allah kata,
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
(an-najm:28)

moga Allah redha, amiin


bagaimana haji itu seharusnya

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wassalim

13 Zulhijjah 1434H
raya ke-3 aidiladha tahun ini, alhamdulillah
kemarin dalam rancangan 'Labbaikallah' anjuran TV Al-Hijrah,
tentang bagaimana haji itu seharusnya.

Ustaz tu cakap, time nak pergi haji tu, merintih merayu pada Allah agar diberi kesempatan menjadi tetamuNya.
Tapi bila balik sini, kenapa sekejap je berubah.?

Uzstaz cakap lagi, kita beria berdoa nak pergi Makkah, Madinah. 
Tapi yang paling afdhalnya bukan lah Makkah atau Madinah, tapi Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjidil Aqsa.

Ustaz cakap lagi, kenapa kat sana boleh istiqamah dengan qiamnya, dengan sunnahnya, dengan sunat awwabin nya, dengan sedeqahnya.
Tapi balik sini, perlahan-lahan makin kurang sedeqahnya, makin tinggal qiamnya, makin sedikit sunat awwabin nya.

Ustaz kata lagi, sebelum pergi haji, buat list doa.
Nak minta apa padaNya, nak mohon apa dekat Dia.
Dah balik sini, tick mana yang makbul.
Sampai mati, jangan hilangkan list tu.
Mungkin cepat, mungkin lambat.

Dan, ustaz pesan.
Sebelum pergi haji tu, tanya pada diri sendiri.
kenapa kita nak pergi sana.?
apa perubahan yang kita nak bawak balik nanti.?

ikhlaskan niat
betulkan niat
firm it always, insha Allah.

(: 






salam jumaah!

bismillahirrahmanirrahim

selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w, junjungan besar kita

dah lama tak update, fuhh fuhh..
maaf atas hak yang tidak tertunai, huu
btw, dah baca kahfi.?
(;
bak kata Hlovate,
"reading kahfi on jumaah is not extreme, it's mainstream indeed."
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah
smile
-
--
---
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

ayat 110 dalam surah al-kahfi, hemmm..

'...sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya...' = anyone yang beriman yang nak masuk syurga, nak jumpa Allah
'...hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh...' = kena buat amar ma'ruf, nahi mungkar
'...dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.' = time solat, ingat Allah. time baca al-qur'an, ingat Allah. time duduk-duduk sesaje, berzikir ingat Allah. time sedang buat kerja, etc; basuh baju, studying, basuh pinggan, sapu sampah, kemas rumah, memasak, dll, ingat Allah. niatkan segala pekerjaan itu, semata-mata lillahi ta'ala.

Islam itu mudah.

(: