Tuesday, 7 March 2017

Untuk sementara waktu.

Kita masing-masing sendiri untuk sementara waktu. Kesabaran adalah hal yang terbaik yang bisa kita pertahankan saat ini. Untuk sementara waktu saja, kita biarkan hidup kita berjalan sendiri-sendiri. Meski kita merasakan hal yang sama saat ini, biarkan saja itu mengalir seperti hujan yang jatuh.

Tidak perlu memaksakan waktu untuk bersama. Padahal waktu kita belum sampai. Tuhan menyampaikan pesan-Nya agar kita menjaga diri untuk sementara waktu. Kan, semua hanya sementara.? 

Jika kamu kehilangan sabar, aku mungkin akan kehilanganmu. Untuk sementara waktu, jagalah hati kita masing-masing tetap untuk berada pada tempatnya. Tetap berada pada perlindungan-Nya. Sampai waktu di mana kita akan menerima hal yang sama pula dari orang lain.

Untuk sementara waktu, bersabarlah. Kerana kesabaran adalah hal terbaik yang bisa kita perjuangkan saat ini. Bukankah ini untuk sementara waktu sahaja.? Tidak lama, tidak akan menghabiskan seluruh hidup kita, bukan.? (:

hujan matahari, Kurniawan Gunadi, Nov 2014. 

Monday, 19 December 2016

hurtful truth

Hari ini aku tersedar something, tentang perkara yang buat aku tertanya-tanya waktu sekolah dulu; yang mana perkara tu terjadi dekat aku sekarang.....

Waktu sekolah dulu, aku sekolah asrama. Jadi bonding dia lebih utuh lebih assobiah gitu.
So memang berjanji dan berikrar yang taknak lost contact, taknak senyap je.
At least mesej.

So lepas dah habis je sekolah, memang aku keep in touch dengan dyorg.
Aku mesej, aku tanya khabar.
Kalau time raya ke, time new year ke, time festive apa-apa ke, aku mesti akan mesej dyorg wish.
Time tu memang mesej jela, takde lagi Whatsapp bagai-bagai.
So memang banyak gila la kan duit yang melayang sebab mesej.
Aku ingat lagi, kalau celcom ke celcom, 1 sen je.
Tapi kalau ke network lain, 10 sen dia telan.
Time tu fikir macam takpe la, bukan selalu pun aku wish kan. Raya semua tu setahun sekali je kot.
So aku pun mesej jela.
Tapi kan, a few je balas balik. Bukan nak kata berkira ke apa, tapi aku wish raya kot. Kenapa tak balas.? Sobs sobs
Okay la husnudzon, mungkin waktu tu dia dah habis kredit.
Maybe time tu fon dia habis bateri.
Tapi then, hari-hari setesrusnya pun tak balas-balas pun. Sedih

Then masuk pulak asasi.
Time tu aku tukar nombor fon, tapi contact no yang lama gigih aku type satu-satu salin balik masuk dalam sim baru tau. Sebab aku ingat lagi, max contact no boleh save dalam sim cuma 250 je.
So kalau lebih, memang dia autosave dalam fon.
So kau bayangkan lah yg ada sampai 2-3 nombor tu, tak ke haru.? Haha
Tapi yela, sebab tu je medium aku nak contact dyorg kan, jadi ku gigihkan jua πŸ’ͺ🏼😀
Then tiba pulak perayaan. So macam biasa, aku wish. And it turn out yang makin lama, makin sikit yang reply balik, huhu.

Then masuk main campus. Aku takde fb, jadi aku still guna medium lama, which is message. Whatsapp wujud, time tu aku dah habis 1st year. So mana yang ada dalam contact, akan appear la dekat whatsapp kan.
Then aku pun wish la macam biasa.
And aku ingat lagi, ada sorang tu dia reply. Tapi then dia tanya "ni sape eh?"
Aku pun macam touching la, aikk takkan tak kenal kawan sendiri kan.
Then aku balas la ni teah. Then aku tanya  tengah buat apa yada yada.
Sekali dia kata "eh salah orang ni.saya tak kenal pun sape teah." πŸ˜‘
Rupanya kawan aku tu, dia dah tukar no. Aku pun pergi je simpan no dia yang lama tu, huu.

Then dah habis degree, semua orang membawa haluan masing-masing.
Like seriously memang semua dah lain. Tak sama dah macam dulu.
Then orang pun tup-tup bagi jemputan kawin.
Then orang pun dengar cerita dah mengandung.
Then orang pun kata nya dapat kerja dekat sinun sana.

.....waktu sekolah dulu, aku selalu tertanya-tanya yang macam mana orang yang berkawan time sekolah, masuk asrama macam aku ni kan, tapi bila dah besar, makin renggang, makin jauh. Then eventually lost contact. Then lama-lama dah tak bertegur langsung.
Aku sangat musykil tau, sebab yela.
Tu effort kau kot nak kekalkan persahabatan tu. So bila dah renggang tu, obviously lah yang kau takde effort nak maintain the friendship kan.
Yela, time sekolah dulu kemain lagi berjanji setia nak datang rumah, kena hang out, call/text selalu.
Tapi end up, ada je persahabatan yang terlerai macamtu je. 😞

And it's happening to me right now, huu.
Tapi ktorg bukan lah berpisah sebab tak contact ke apa.
Tapi sebab jarak dan masa, sungguh MEMISAHKAN ktorg. 
Ada orang tu, kerja tempat jauh dah.
So memang susah la dia nak datang nak jumpa nak hang out kan.
Then eventually, kenduri kawin pun susah nak penuhi, sebab jauh.
Kalau buat reunion, memang susah nak datang, sebab jauh. So cost minyak + tol semua, mesti mahal.

Itu je la perkara yang buat aku macam tersedar.
IT CAN REALLY HAPPEN you know. ☹️
And it is not even your fault.
That is the most frustrating truth ever. 😭

And memang betul orang kata.
Hargai lah waktu sekolah anda.
Hargai lah waktu zaman universiti anda.
Because it will never be the same...

Saturday, 8 October 2016

alhamdulillah. (:

Bismillahirrahmanirrahim 

A year older.
A year wiser insha Allah.
A year stronger.
A year learned.
A year full of life laughter and love.

"Would you like you, if you meet you?"

Struggle everyday to be better than yesterday.
Trying harder to fight with nafs and worldly matters.
Everyday is a chance, a chance to be better than yesterday.




YaAllah, guide me always. Don't let me astray. Take my life, only when you are pleased with me. Matikan aku dalam keadaan aku sedang beriman kepadaMu. amiin amin yaRabbal 'alamin.

Saturday, 3 September 2016

R09 Shah Pekan (':

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Teman sebantal, selocker, seselimut time sekolah shah pekan.
Bukan semalam, bukan 2 minggu, bukan kadang-kadang. Tapi hampir setiap malam.
Time sebelum nak tidur, arwah mesti akan nak tidur katil rapat2, suka guna satu bantal je. Share dia kata, baru rasa sweet 😒

Dengar celoteh arwah, yg time tu ada crush dekat classmate dia. Tapi sampai habis sekolah tak bagitau pun πŸ˜‚ (typical high school girl)

Dengar impian dia, nak jadi model mcm Gisele Bundchen.
Tinggi lampai, ramping kurus, ketinggian pun dah nak sama dia kata. πŸ˜‚

I miss her voice.
Serak2 basah gitu.
Selalu time jerit, nak lantang.
Tapi serak basah je keluar. πŸ˜‚

I def miss her mata bulat-besar 😳
Suka buat terjojol cemtu time tengah berborak tau.

I def miss her lame joke time ktorg berempat.
Yg ada one time tu, masa riadhah. Tapi ktorg tak kluar pun pagar aspuri tu, just duduk dekat batu tu. Then borak pasal anak bila dah besar.

"Anak yen nanti mesti rambut kerinting hitam gulung2. Lepastu nanti mak dia mesti bawak rebonding. Lepastu kecik2 dah masuk bintang kecil. Tak perlu itu semua belajar add math kimia bagai."

"Anak ety nanti kalau nak panggil mak dia nanti mesti laung sekali dgn bunyi tarannum nya 🎼 Ummiiiiii~ Ummmiiiiiii~."

"Anak mau nanti mesti lemau2 mcm mak dia. Jalan lemau, makan lemau, tido pun lemau."

😒😒😒😒😒

2013 kita jumpa balik.
Kau sakit.
Hampir tak nampak sepenuhnya.
Tapi kau tabah.
Tetap tersenyum jumpa ktorg.
Siap boleh buat lawak lagi kot.
Makan mee goreng.
Dan yg paling istimewa, kau berubah.
Alhamdulillah, ke arah yg lebih baik kan.
Alhamdulillah kita berubah kan.
Daripada budak liar dulu, jadi budak berguna kan. 😭

Maafkan ktorg tak sempat nak pergi ziarah kau buat kali kedua weyh.
Maafkan ktorg tak sempat nak tanya khabar pun.
Maafkan ktorg sebab tak serious amek effort nak luangkan masa pergi jenguk kau. 
Maafkan kami 😭

Orang baik, selalu pergi awal kan.?
Sebab Allah sayang sangattt.
Kau beruntung, dimuliakan Allah biar terhijab pandangan dari melihat kemungkaran.

Moga Allah golongkan kau dalam golongan org yg beriman, org yg soleh solehah.
Moga Firdaus tempatmu sahabat.

al-fatihah.

Che Zuhairah Che Hamat.
30 oktober 1992 - 31 ogos 2016.


Saturday, 27 August 2016

my sayang.

Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajamaa bainakumar fi khoir. (:

Moga BM yg dibina berkekalan sampai Firdaus.
Moga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.
Moga dipermudahkan setiap urusan kalian.
Moga Allah merahmati BM ini dan memberkatinya dengan mawaddah sakinah warahmah.

7 tahun berkenalan.
Akhirnya my sayang dah sah menjadi milik lelaki yg sungguh dia kasihi. (':
Sungguh kan janji Allah itu benar.
Dia sentiasa bersama dengan orang-orang yg sabar.
Setiap dugaan yg menimpa seorang mukmin itu, tidak lain tidak bukan hanya untuk mengangkat darjat nya kan.
Allahurobbi, begitu baik nya Allah kan.

i love you sayang. even you dah married pun, my love for you grow more tau, huhu. and kinda miss you also. ):



14 ogos 2016.
9 syawal pun ye jugak kan, hihi.
Masjid Jaya Gading, Kuantan.

Saturday, 28 May 2016

(:


Teman;
Time pms.
Time makan.
Time tidur.
Time berak.
Time karaoke.
Time berangan.
Time menangis.
Time gelak berdekah-dekah.
Time shopping.
Time bosan.
Time solat.
Time puasa.
Time study.
Time meroyan.
Time tengok tv.
Time mimpi (sibuk je masuk).
Time and-the-list-goes-on.....

Moga teman jugak sampai Firdaus.
Duduk berjiran dlm Raudhah, dengar Muhammad bercerita pasal Khandaq.
Menziarahi Salman al-Farisi. πŸ€—πŸ˜πŸ˜š✨

allahumma amiiiiin

Niece.



Aleesa Nur Jannah.



Setahun sebulan.



Moga membesar menjadi seorang pejuang Islam yg agung dan jitu, allahumma amiin. 😘