Saturday, 3 September 2016

R09 Shah Pekan (':

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Teman sebantal, selocker, seselimut time sekolah shah pekan.
Bukan semalam, bukan 2 minggu, bukan kadang-kadang. Tapi hampir setiap malam.
Time sebelum nak tidur, arwah mesti akan nak tidur katil rapat2, suka guna satu bantal je. Share dia kata, baru rasa sweet 😢

Dengar celoteh arwah, yg time tu ada crush dekat classmate dia. Tapi sampai habis sekolah tak bagitau pun 😂 (typical high school girl)

Dengar impian dia, nak jadi model mcm Gisele Bundchen.
Tinggi lampai, ramping kurus, ketinggian pun dah nak sama dia kata. 😂

I miss her voice.
Serak2 basah gitu.
Selalu time jerit, nak lantang.
Tapi serak basah je keluar. 😂

I def miss her mata bulat-besar 😳
Suka buat terjojol cemtu time tengah berborak tau.

I def miss her lame joke time ktorg berempat.
Yg ada one time tu, masa riadhah. Tapi ktorg tak kluar pun pagar aspuri tu, just duduk dekat batu tu. Then borak pasal anak bila dah besar.

"Anak yen nanti mesti rambut kerinting hitam gulung2. Lepastu nanti mak dia mesti bawak rebonding. Lepastu kecik2 dah masuk bintang kecil. Tak perlu itu semua belajar add math kimia bagai."

"Anak ety nanti kalau nak panggil mak dia nanti mesti laung sekali dgn bunyi tarannum nya 🎼 Ummiiiiii~ Ummmiiiiiii~."

"Anak mau nanti mesti lemau2 mcm mak dia. Jalan lemau, makan lemau, tido pun lemau."

😢😢😢😢😢

2013 kita jumpa balik.
Kau sakit.
Hampir tak nampak sepenuhnya.
Tapi kau tabah.
Tetap tersenyum jumpa ktorg.
Siap boleh buat lawak lagi kot.
Makan mee goreng.
Dan yg paling istimewa, kau berubah.
Alhamdulillah, ke arah yg lebih baik kan.
Alhamdulillah kita berubah kan.
Daripada budak liar dulu, jadi budak berguna kan. 😭

Maafkan ktorg tak sempat nak pergi ziarah kau buat kali kedua weyh.
Maafkan ktorg tak sempat nak tanya khabar pun.
Maafkan ktorg sebab tak serious amek effort nak luangkan masa pergi jenguk kau. 
Maafkan kami 😭

Orang baik, selalu pergi awal kan.?
Sebab Allah sayang sangattt.
Kau beruntung, dimuliakan Allah biar terhijab pandangan dari melihat kemungkaran.

Moga Allah golongkan kau dalam golongan org yg beriman, org yg soleh solehah.
Moga Firdaus tempatmu sahabat.

al-fatihah.

Che Zuhairah Che Hamat.
30 oktober 1992 - 31 ogos 2016.


No comments:

Post a Comment