21 May 2013
bismillahirrahmanirrahim
“SEMUA yang ada di bumi itu akan BINASA, tetapi WAJAH Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan
kemuliaan tetap KEKAL.” (55:26-27)
Alhamdulillah, Allah masih
panjangkan umur sampai ke saat ini. Segala pujian kupanjatkan kepada Ilahi.
umur 21, sedang belajar di UIA
Gombak, tahun 2016 tamat belajar, insha Allah, amiin.
Selama perjalanan ini, banyak
yang Allah nak tarbiyyah. Tapi sebelum ini hati ini mati,mata ini buta, telinga
ini tidak mendengar, hukhuk. =.=
Alhamdulillah, thumma
Alhamdulillah.
Dia izinkan hati ini hidup,
dengan karuniaNya, mata ini melihat, telinga ini mendengar.
Dan ayat di atas, sentappp.!
Zasssszz.!!! =,=
SEMUA yang aku kejar, SEMUA yang
aku perolehi, SEMUA yang aku ada, finally akan hancur, akan hilang, akan
lenyap.
Tahu je kita pinjam je selama
ini, kita ini hakikatnya adalah seorang PEMINJAM, selain seorang hamba,
khalifah di muka bumi ini, kita terlupa akan satu hakikat ini, huu.
Lantas, kenapa kau tamak.? Kenapa
kau kedekut.? Mengapa kau tidak mengerti wahai hati.?
Sungguh rugilah orang yang
melakukan pekerjaan di atas muka bumi ini, tidak mengetahui akan hakikat ini,
bahawa semua yang mereka kejarkan kini, akan lenyap suatu hari nanti. Yang
melakukan pekerjaan semata-mata kerana keduniaan, huu.
Bagi pelajar, yang sedang
belajar, alangkah ruginya jika kamu fikir pelajaran ini semata kerana segulung
ijazah.
Bagi seorang pekerja, ruginya
jika fikiran kamu sekadar memenuhi kehendak ketua, bersungguh untuk
meningkatkan taraf kehidupan.
Tidak kah kamu melihat, semua tu
nanti, akan BINASA. Apa yang dibanggakan selama ini, akan hilang, akan hancur,
huu.
Yang paling penting dalam
kehidupan ini, ialah mardhatillah (redha Allah).
Time belajar, niatkan dalam hati,
belajar kerana Allah, belajar sebab nak madhatillah. Belajar sebab nak Allah
redha. Tengok, dapat pahala tao, ;)
Hatta, masakan ketika sedang
belajar, tidak bersungguh, kan.?
Sama juga ketika bekerja,
hadirkan Allah dalam setiap perlakuan kita, itulah yang dinamakan IHSAN.
Masakan kita hendak meringankan tulang kita jika mengetahui Allah itu sentiasa
di sisi.
Harta kau yang berlambak-lambak
tu, nak simpan ke siapa.? Nak bawak mati.?
Infakkan lah kepada yang
memerlukan, buat amal jariah, nanti kau jugak dapat saham akhirat. Betul, tak
tipu.
Sebab, in the end, all of those
things you had earned in this dunya, eventually will vanish. Melainkan amal
yang kau kumpul, doa anak yang soleh dan sedeqah yang kau beri.
Tu je, hanya itu sahaja.
Bukan segulung ijazah, bukan duit
berlonggok-longgok, bukan baju-baju yang kau beli, bukan juga rumah yang kau
didiami…
Sudah tiba masanya untuk kita
bangkit, maju ke hadapan, bukan static di situ, bukan menunggu, bukan menanti
dan terus menanti.