Friday, 24 May 2013

ayuh semua!


21 May 2013

bismillahirrahmanirrahim


SEMUA yang ada di bumi itu akan BINASA, tetapi WAJAH Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap KEKAL.” (55:26-27)
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur sampai ke saat ini. Segala pujian kupanjatkan kepada Ilahi.
umur 21, sedang belajar di UIA Gombak, tahun 2016 tamat belajar, insha Allah, amiin.
Selama perjalanan ini, banyak yang Allah nak tarbiyyah. Tapi sebelum ini hati ini mati,mata ini buta, telinga ini tidak mendengar, hukhuk.   =.=
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.
Dia izinkan hati ini hidup, dengan karuniaNya, mata ini melihat, telinga ini mendengar.
Dan ayat di atas, sentappp.!
Zasssszz.!!!  =,=
SEMUA yang aku kejar, SEMUA yang aku perolehi, SEMUA yang aku ada, finally akan hancur, akan hilang, akan lenyap.
Tahu je kita pinjam je selama ini, kita ini hakikatnya adalah seorang PEMINJAM, selain seorang hamba, khalifah di muka bumi ini, kita terlupa akan satu hakikat ini, huu.
Lantas, kenapa kau tamak.? Kenapa kau kedekut.? Mengapa kau tidak mengerti wahai hati.?
Sungguh rugilah orang yang melakukan pekerjaan di atas muka bumi ini, tidak mengetahui akan hakikat ini, bahawa semua yang mereka kejarkan kini, akan lenyap suatu hari nanti. Yang melakukan pekerjaan semata-mata kerana keduniaan, huu.
Bagi pelajar, yang sedang belajar, alangkah ruginya jika kamu fikir pelajaran ini semata kerana segulung ijazah.
Bagi seorang pekerja, ruginya jika fikiran kamu sekadar memenuhi kehendak ketua, bersungguh untuk meningkatkan taraf kehidupan.
Tidak kah kamu melihat, semua tu nanti, akan BINASA. Apa yang dibanggakan selama ini, akan hilang, akan hancur, huu.
Yang paling penting dalam kehidupan ini, ialah mardhatillah (redha Allah).
Time belajar, niatkan dalam hati, belajar kerana Allah, belajar sebab nak madhatillah. Belajar sebab nak Allah redha. Tengok, dapat pahala tao,  ;)
Hatta, masakan ketika sedang belajar, tidak bersungguh, kan.?
Sama juga ketika bekerja, hadirkan Allah dalam setiap perlakuan kita, itulah yang dinamakan IHSAN. Masakan kita hendak meringankan tulang kita jika mengetahui Allah itu sentiasa di sisi.
Harta kau yang berlambak-lambak tu, nak simpan ke siapa.? Nak bawak mati.?
Infakkan lah kepada yang memerlukan, buat amal jariah, nanti kau jugak dapat saham akhirat. Betul, tak tipu.
Sebab, in the end, all of those things you had earned in this dunya, eventually will vanish. Melainkan amal yang kau kumpul, doa anak yang soleh dan sedeqah yang kau beri.
Tu je, hanya itu sahaja.
Bukan segulung ijazah, bukan duit berlonggok-longgok, bukan baju-baju yang kau beli, bukan juga rumah yang kau didiami…
Sudah tiba masanya untuk kita bangkit, maju ke hadapan, bukan static di situ, bukan menunggu, bukan menanti dan terus menanti.

No comments:

Post a Comment