bismillahirrahmanirrahim
segala puji-pujian, hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam
kita kena momokkan fikiran kita
dengan --------
Jangan pernah judge masa lampau orang lain
Mana mungkin kita tahu jika masa lampau nya itu menjadi masa
depan kita (naudzubillahi min zalik)
Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak
pernah tercemar noda,
kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang
bergelumang dengan lumpur.
Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan beredar
daripada situ,
dan bising pada yang salah dan pincang,
jika kita tak pernah
singsing lengan untuk membetulkan dan membantu.
Jangan menyalahkan mereka yang hanyut dan sesat,
jika kita
tak pernah cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam itu.
Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan
pelampung.
Kamu adalah saksi kepada orang-orang yang telah menyampaikan
sebelum kamu,
dan orang-orang selepas kamu adalah saksi kepada kamu.
Maka
apakah perkara ini adalah satu perkara yang main-main hadafnya?
Adakah ini
perkara yang kamu boleh berpaling daripada kebenaran nya
hanya setelah kamu
berjanji akan perlaksanaan nya?
Aku bukan malaikat
aku bukan Nabi.
Aku manusia
punya
khilaf
punya dosa.
Tatkala aku menyampaikan
aku juga punya salah dan silap.
Tegur.
Ingatkan.
Sebab kita sama je kan?
Sama-sama manusia.
Sama-sama
hamba.
(:
No comments:
Post a Comment