Tuesday, 20 May 2014

bisikkan pada angin itu.

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wassalim

duhai angin
dengarkan aku,
monologku
tentang Tuhanku
yang aku rasa semakin dahaga akan cintaNya.
cinta yang agung
yang butuh pengorbanan.

saat ini
aku cantingkan atas 'kertas' ini
yang angin,
aku tak mahu jauh dari Penciptamu,
yang hati aku mampu dingin dari merasa tenang
yang aku kejar selama ini

tolong angin---
aku mahu cintai Dia
pada kadar sebenar-benar cinta
seikhlasnya,
setulusnya.

~mendengari Opick feat Fira FLO-Andai Waktu Memanggil~

plant it, will you.?

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi sayyidina Muhammad


Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu

------------------------

Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat
Maka dia tidak akan di balas melainkan sebanding dengan kejahatan itu
Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki maupun perempuan
Sedang ia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk surga
Mereka di beri rizki di dalamnya tanpa hisab


2 rangkap lagu Opick
bila mati, nama kita je yang ada untuk tinggal.
cinta tu, nak taknak, memang kena TINGGALKAN.
segala apa yang kau ada dekat dunia ni,
segala apa yang kau kumpul di atas dunia ni,
semua yang bersifat dunia, sementara ...
TINGGAL.

yang akan teman kau dekat dalam kubur tu,
bukan kawan kau.
bukan makayah.
bukan roommates kita (yang kalau kita takut nak pergi tandas sorang-sorang kita kejut diaorang), bukan.
tapi amalan kita je fatihah, amal jariah yang kau buat tu.
kalau takde amalan,
sepi.sunyi.sendiri.
=,=

Allah pujuk,
kau takkan sendiri, kau takkan seorangan.
kalau buat baik,
buat amalan yang dapat menyolehahkan diri kau,
kau dapat masuk syurga. (provided kau beriman)

tanam la tanaman kau kat dunia ni fatihah,
semaikan dekat akhirat tu nanti.
jaga tanaman tu elok-elok,
bajakan ia, sirami dia.
apa kau taknak hasil tu nanti membanggakan kau.?
(:

mere sapna

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wassalim


yang paling indah bagi aku pada minit kosong titik tiga tujuh.
masyaAllah subhanallah.!
cantiknya ciptaanMu ya Tuhan, =,=

sabar fatihah, sabar.
dekat syurga lagi cantik fatihah.
dekat syurga nanti, mengadu dekat Allah eh.
kata nak pergi sinin, nak pergi sinun.
sabar eh, innallahama'as sobirin.(;

Tuesday, 13 May 2014

you. read this.

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi sayyidina Muhammad

"Kita hendaklah mencintai pasangan kita kerana Allah. Bukan kerana dia adalah pasangan kita, kerana berbeza kita mencintai KERANA ALLAH atau KERANA DIA ADALAH PASANGAN KITA. Sebab mencintai kerana Allah tidak meminta balasan."

"dalam undang-undang percintaan kerana Allah, orang yang paling mencintai kerana Allah itulah yang akan lebih dicintai Allah. kalau isteri mencintai suami lebih dari suaminya mencintainya, maka isteri itulah yang akan lebih DICINTAI ALLAH. dan jika si suami yang mencintai isterinya lebih daripada isterinya mencintainya, maka sang suami yang akan DICINTAI ALLAH lebih. maka dengan itu, kita mesti berebut untuk mendapat cinta ALlah, bukan sekadar mendapat cinta pasangan kita."

"Isteri taat kepada suami sebab Allah yang suruh taat. bukan sebab suami yang suruh, tapi Allah yang suruh. Begitu juga dengan nafkah. Allah yang suruh suami bagi kepada isterinya, walaupun isterinya itu sudah kaya-raya, sudah mewah segala-bagai, sebab Allah yang suruh, kita kena buat. both is tanggungjawab antara suami dan isteri di hadapan Allah. Bukan nya tanggungjawab antara satu sama lain, tapi tanggungjawab dengan Allah azza wajalla." 
 tazkirah Ustazah Maznah Daud