Tuesday, 13 May 2014

you. read this.

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi sayyidina Muhammad

"Kita hendaklah mencintai pasangan kita kerana Allah. Bukan kerana dia adalah pasangan kita, kerana berbeza kita mencintai KERANA ALLAH atau KERANA DIA ADALAH PASANGAN KITA. Sebab mencintai kerana Allah tidak meminta balasan."

"dalam undang-undang percintaan kerana Allah, orang yang paling mencintai kerana Allah itulah yang akan lebih dicintai Allah. kalau isteri mencintai suami lebih dari suaminya mencintainya, maka isteri itulah yang akan lebih DICINTAI ALLAH. dan jika si suami yang mencintai isterinya lebih daripada isterinya mencintainya, maka sang suami yang akan DICINTAI ALLAH lebih. maka dengan itu, kita mesti berebut untuk mendapat cinta ALlah, bukan sekadar mendapat cinta pasangan kita."

"Isteri taat kepada suami sebab Allah yang suruh taat. bukan sebab suami yang suruh, tapi Allah yang suruh. Begitu juga dengan nafkah. Allah yang suruh suami bagi kepada isterinya, walaupun isterinya itu sudah kaya-raya, sudah mewah segala-bagai, sebab Allah yang suruh, kita kena buat. both is tanggungjawab antara suami dan isteri di hadapan Allah. Bukan nya tanggungjawab antara satu sama lain, tapi tanggungjawab dengan Allah azza wajalla." 
 tazkirah Ustazah Maznah Daud
 
  

No comments:

Post a Comment