Tuesday, 7 March 2017

Untuk sementara waktu.

Kita masing-masing sendiri untuk sementara waktu. Kesabaran adalah hal yang terbaik yang bisa kita pertahankan saat ini. Untuk sementara waktu saja, kita biarkan hidup kita berjalan sendiri-sendiri. Meski kita merasakan hal yang sama saat ini, biarkan saja itu mengalir seperti hujan yang jatuh.

Tidak perlu memaksakan waktu untuk bersama. Padahal waktu kita belum sampai. Tuhan menyampaikan pesan-Nya agar kita menjaga diri untuk sementara waktu. Kan, semua hanya sementara.? 

Jika kamu kehilangan sabar, aku mungkin akan kehilanganmu. Untuk sementara waktu, jagalah hati kita masing-masing tetap untuk berada pada tempatnya. Tetap berada pada perlindungan-Nya. Sampai waktu di mana kita akan menerima hal yang sama pula dari orang lain.

Untuk sementara waktu, bersabarlah. Kerana kesabaran adalah hal terbaik yang bisa kita perjuangkan saat ini. Bukankah ini untuk sementara waktu sahaja.? Tidak lama, tidak akan menghabiskan seluruh hidup kita, bukan.? (:

hujan matahari, Kurniawan Gunadi, Nov 2014. 

Monday, 19 December 2016

hurtful truth

Hari ini aku tersedar something, tentang perkara yang buat aku tertanya-tanya waktu sekolah dulu; yang mana perkara tu terjadi dekat aku sekarang.....

Waktu sekolah dulu, aku sekolah asrama. Jadi bonding dia lebih utuh lebih assobiah gitu.
So memang berjanji dan berikrar yang taknak lost contact, taknak senyap je.
At least mesej.

So lepas dah habis je sekolah, memang aku keep in touch dengan dyorg.
Aku mesej, aku tanya khabar.
Kalau time raya ke, time new year ke, time festive apa-apa ke, aku mesti akan mesej dyorg wish.
Time tu memang mesej jela, takde lagi Whatsapp bagai-bagai.
So memang banyak gila la kan duit yang melayang sebab mesej.
Aku ingat lagi, kalau celcom ke celcom, 1 sen je.
Tapi kalau ke network lain, 10 sen dia telan.
Time tu fikir macam takpe la, bukan selalu pun aku wish kan. Raya semua tu setahun sekali je kot.
So aku pun mesej jela.
Tapi kan, a few je balas balik. Bukan nak kata berkira ke apa, tapi aku wish raya kot. Kenapa tak balas.? Sobs sobs
Okay la husnudzon, mungkin waktu tu dia dah habis kredit.
Maybe time tu fon dia habis bateri.
Tapi then, hari-hari setesrusnya pun tak balas-balas pun. Sedih

Then masuk pulak asasi.
Time tu aku tukar nombor fon, tapi contact no yang lama gigih aku type satu-satu salin balik masuk dalam sim baru tau. Sebab aku ingat lagi, max contact no boleh save dalam sim cuma 250 je.
So kalau lebih, memang dia autosave dalam fon.
So kau bayangkan lah yg ada sampai 2-3 nombor tu, tak ke haru.? Haha
Tapi yela, sebab tu je medium aku nak contact dyorg kan, jadi ku gigihkan jua πŸ’ͺ🏼😀
Then tiba pulak perayaan. So macam biasa, aku wish. And it turn out yang makin lama, makin sikit yang reply balik, huhu.

Then masuk main campus. Aku takde fb, jadi aku still guna medium lama, which is message. Whatsapp wujud, time tu aku dah habis 1st year. So mana yang ada dalam contact, akan appear la dekat whatsapp kan.
Then aku pun wish la macam biasa.
And aku ingat lagi, ada sorang tu dia reply. Tapi then dia tanya "ni sape eh?"
Aku pun macam touching la, aikk takkan tak kenal kawan sendiri kan.
Then aku balas la ni teah. Then aku tanya  tengah buat apa yada yada.
Sekali dia kata "eh salah orang ni.saya tak kenal pun sape teah." πŸ˜‘
Rupanya kawan aku tu, dia dah tukar no. Aku pun pergi je simpan no dia yang lama tu, huu.

Then dah habis degree, semua orang membawa haluan masing-masing.
Like seriously memang semua dah lain. Tak sama dah macam dulu.
Then orang pun tup-tup bagi jemputan kawin.
Then orang pun dengar cerita dah mengandung.
Then orang pun kata nya dapat kerja dekat sinun sana.

.....waktu sekolah dulu, aku selalu tertanya-tanya yang macam mana orang yang berkawan time sekolah, masuk asrama macam aku ni kan, tapi bila dah besar, makin renggang, makin jauh. Then eventually lost contact. Then lama-lama dah tak bertegur langsung.
Aku sangat musykil tau, sebab yela.
Tu effort kau kot nak kekalkan persahabatan tu. So bila dah renggang tu, obviously lah yang kau takde effort nak maintain the friendship kan.
Yela, time sekolah dulu kemain lagi berjanji setia nak datang rumah, kena hang out, call/text selalu.
Tapi end up, ada je persahabatan yang terlerai macamtu je. 😞

And it's happening to me right now, huu.
Tapi ktorg bukan lah berpisah sebab tak contact ke apa.
Tapi sebab jarak dan masa, sungguh MEMISAHKAN ktorg. 
Ada orang tu, kerja tempat jauh dah.
So memang susah la dia nak datang nak jumpa nak hang out kan.
Then eventually, kenduri kawin pun susah nak penuhi, sebab jauh.
Kalau buat reunion, memang susah nak datang, sebab jauh. So cost minyak + tol semua, mesti mahal.

Itu je la perkara yang buat aku macam tersedar.
IT CAN REALLY HAPPEN you know. ☹️
And it is not even your fault.
That is the most frustrating truth ever. 😭

And memang betul orang kata.
Hargai lah waktu sekolah anda.
Hargai lah waktu zaman universiti anda.
Because it will never be the same...

Saturday, 8 October 2016

alhamdulillah. (:

Bismillahirrahmanirrahim 

A year older.
A year wiser insha Allah.
A year stronger.
A year learned.
A year full of life laughter and love.

"Would you like you, if you meet you?"

Struggle everyday to be better than yesterday.
Trying harder to fight with nafs and worldly matters.
Everyday is a chance, a chance to be better than yesterday.




YaAllah, guide me always. Don't let me astray. Take my life, only when you are pleased with me. Matikan aku dalam keadaan aku sedang beriman kepadaMu. amiin amin yaRabbal 'alamin.

Saturday, 3 September 2016

R09 Shah Pekan (':

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Teman sebantal, selocker, seselimut time sekolah shah pekan.
Bukan semalam, bukan 2 minggu, bukan kadang-kadang. Tapi hampir setiap malam.
Time sebelum nak tidur, arwah mesti akan nak tidur katil rapat2, suka guna satu bantal je. Share dia kata, baru rasa sweet 😒

Dengar celoteh arwah, yg time tu ada crush dekat classmate dia. Tapi sampai habis sekolah tak bagitau pun πŸ˜‚ (typical high school girl)

Dengar impian dia, nak jadi model mcm Gisele Bundchen.
Tinggi lampai, ramping kurus, ketinggian pun dah nak sama dia kata. πŸ˜‚

I miss her voice.
Serak2 basah gitu.
Selalu time jerit, nak lantang.
Tapi serak basah je keluar. πŸ˜‚

I def miss her mata bulat-besar 😳
Suka buat terjojol cemtu time tengah berborak tau.

I def miss her lame joke time ktorg berempat.
Yg ada one time tu, masa riadhah. Tapi ktorg tak kluar pun pagar aspuri tu, just duduk dekat batu tu. Then borak pasal anak bila dah besar.

"Anak yen nanti mesti rambut kerinting hitam gulung2. Lepastu nanti mak dia mesti bawak rebonding. Lepastu kecik2 dah masuk bintang kecil. Tak perlu itu semua belajar add math kimia bagai."

"Anak ety nanti kalau nak panggil mak dia nanti mesti laung sekali dgn bunyi tarannum nya 🎼 Ummiiiiii~ Ummmiiiiiii~."

"Anak mau nanti mesti lemau2 mcm mak dia. Jalan lemau, makan lemau, tido pun lemau."

😒😒😒😒😒

2013 kita jumpa balik.
Kau sakit.
Hampir tak nampak sepenuhnya.
Tapi kau tabah.
Tetap tersenyum jumpa ktorg.
Siap boleh buat lawak lagi kot.
Makan mee goreng.
Dan yg paling istimewa, kau berubah.
Alhamdulillah, ke arah yg lebih baik kan.
Alhamdulillah kita berubah kan.
Daripada budak liar dulu, jadi budak berguna kan. 😭

Maafkan ktorg tak sempat nak pergi ziarah kau buat kali kedua weyh.
Maafkan ktorg tak sempat nak tanya khabar pun.
Maafkan ktorg sebab tak serious amek effort nak luangkan masa pergi jenguk kau. 
Maafkan kami 😭

Orang baik, selalu pergi awal kan.?
Sebab Allah sayang sangattt.
Kau beruntung, dimuliakan Allah biar terhijab pandangan dari melihat kemungkaran.

Moga Allah golongkan kau dalam golongan org yg beriman, org yg soleh solehah.
Moga Firdaus tempatmu sahabat.

al-fatihah.

Che Zuhairah Che Hamat.
30 oktober 1992 - 31 ogos 2016.


Saturday, 27 August 2016

my sayang.

Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajamaa bainakumar fi khoir. (:

Moga BM yg dibina berkekalan sampai Firdaus.
Moga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.
Moga dipermudahkan setiap urusan kalian.
Moga Allah merahmati BM ini dan memberkatinya dengan mawaddah sakinah warahmah.

7 tahun berkenalan.
Akhirnya my sayang dah sah menjadi milik lelaki yg sungguh dia kasihi. (':
Sungguh kan janji Allah itu benar.
Dia sentiasa bersama dengan orang-orang yg sabar.
Setiap dugaan yg menimpa seorang mukmin itu, tidak lain tidak bukan hanya untuk mengangkat darjat nya kan.
Allahurobbi, begitu baik nya Allah kan.

i love you sayang. even you dah married pun, my love for you grow more tau, huhu. and kinda miss you also. ):



14 ogos 2016.
9 syawal pun ye jugak kan, hihi.
Masjid Jaya Gading, Kuantan.

Saturday, 28 May 2016

(:


Teman;
Time pms.
Time makan.
Time tidur.
Time berak.
Time karaoke.
Time berangan.
Time menangis.
Time gelak berdekah-dekah.
Time shopping.
Time bosan.
Time solat.
Time puasa.
Time study.
Time meroyan.
Time tengok tv.
Time mimpi (sibuk je masuk).
Time and-the-list-goes-on.....

Moga teman jugak sampai Firdaus.
Duduk berjiran dlm Raudhah, dengar Muhammad bercerita pasal Khandaq.
Menziarahi Salman al-Farisi. πŸ€—πŸ˜πŸ˜š✨

allahumma amiiiiin

Niece.



Aleesa Nur Jannah.



Setahun sebulan.



Moga membesar menjadi seorang pejuang Islam yg agung dan jitu, allahumma amiin. 😘


Friday, 27 May 2016

Post exam...

Hari ini first day exam master.
Paper Advanced Communications and Computer Networking.
Nak lulus kena dapat B.
Aku tak target tinggi, lulus pun alhamdulillah.
Tapi Allahurobbi.
Paper ni susah banget 😭
Moga aku dapat lulus paper ni yaAllah.
Moga Kau lembutkan hati Prof Farhat dlm menanda kertas kami yaAllah.
Moga Kau izinkan aku untuk sekurang-kurangnya lulus subject ni yaAllah, amiin.


"rezeki tu luas.bukan harta dan makanan je.peluang master ni pun rezeki.fail subject pun rezeki.
rezeki untuk cuba yg terbaik lagi masa hadapan." ~ f*** 😒

Thursday, 28 January 2016

You did it.!



Alhamdulillah walhamdulillah thumma alhamdulillah. (:
Sungguh lah orang kata, yang kita taknak tula yang biasanya kita akan peroleh.
28 Januari 2016; alhamdulillah tammat sudah kehidupan degree seorang insan.
Penat lelah yang tak seberapa, alhamdulillah telah berakhir dengan jaya nya.
Namun perancangan seterusnya adalah yang penting.
Orang ramai cakap, "Degree ni hanya tiket kita je untuk melangkah ke dunia luar."
But then, ayat tu macam selalu kita dengar kan.
Time UPSR.
Time PMR.
Yang paling feymes, time SPM.
Bila dah habis degree pun aikkkk, sama jugak keee.? πŸ˜‚
So kesimpulan nya, kehidupan adalah tentang maju ke hadapan.
Life is about moving forward. (mcm sedap sikit kan dlm English.? πŸ™ˆ)
Nak taknak, memang kau kena bergerak dan memikirkan masa depan.
Masalah datang dan pergi, like seriously weyh.
Time degree, kau rasa fail subjek tu masalah besar giler dlm hidup kau kan. Tapi, lepas dah fail, then you'll learn kan. Learn the mistake, learn the technique, and most importantly you're growing.
Dulu aku fikir, pointer jatuh tula masalah paling besar giler kottt dlm hidup aku.
Cemana aku nak bagitau makayah.?
Cemana aku nak naikkan pointer balik.?
Cemana aku nak bagitau kengkawan aku kena repeat subjek.?
Tapi kan, tapi kan, kau just go through it kan.? Kau manage to bangkit, and kau manage to handle. Alhmdulillah for that.
And kau perasan tak, you came out stronger. πŸ˜‰
Macam kalau kau fail lagi lepastu kan, kau tahu kau manage to handle that kind of stress and deal with it. 
People are learning you know. Each and everyday.

Then comes "What's your plan afterwards.?"
Then there will be answers like, "Kerja dulu kot."
"Sambung terus nanti."
"Cari kerja la weyh."
Ada jugak yang, "Duduk rumah la weyhhh tanam amggur, hahaha."

Sungguh lah sayang, kita merancang. And yet, Allah pun merancang. And realize that His plan are the BEST PLAN ever.!

Memang sejak aku masuk degree kan, aku mmg tak terlintas langsung nak buat master weyh. Like master.? No no a big NO.!
Tapi kan, peluang tu datang dulu, instead of peluang kerja. 
It comes during you least hope.
I hope all iz well, all iz well, insha Allah.


Saturday, 17 October 2015

Learn.

Bismillahirrahmanirrahim

Changes.
Sometimes, its not the fact that "people changes".
But we get to know them better.
And we able to understand them better.
And realize that there are so much more things need to be seen and understand by learning people.
And the one who really cares, will stay.
They are the one who really matters to our life.
People are not changing.
People come and go.
We just get to know them better to decide whether they deserve to stay in our life or not.


Monday, 9 March 2015

kesayangan (;

bismillahirrahmanirrahim



ini orang,
buat aku sayang sangat.
ini orang,
hati baik.
ini orang,
manis, semanis senyuman nya.
ini orang,
antara orang yang paling tabah aku pernah jumpa.
sanah helwah sayang. (:

my sayang.
my annoying sayang, hiks.
yang selalu rasa intimidate, padahal diri sendiri dah memang ohsem.
yand degil,
hati tisu,
suka tengok drama melayu, lepastu nak prince charming macamtu.
yang hati pun sensitif, tak boleh salah sikit,
nanti muncung seribu meter ke depan, hiks. :p
yang cepat melenting, cepat buat conclusion sendiri.
yang curious nya lagi tinggi dari zirafah.
yang manis, ayu, bijak.
yang baik sangat hati dia.
yang selalu tersenyum, despite having 1001 problems.
(how i wish i can smile often like you)

yang kuat, inside-out.
yang rasa diri dia ada autisme,
yang pemurah.
yang mempunyai seribu-satu impian untuk membina keluarga sendiri.
yang tidak jemu melayan fatihah yang comel ni. (;

terima kasih Allah kerana mempertemukan kami,
di jalan yang kami tidak pernah sangka.
di persimpangan yang cukup menguji emosi dan fizikal.
namun telah Kau buktikan,
perancanganMu memang hebat.
tiada lafaz yang mampu aku gambarkan,
melainkan alhamdulillah.
thumma alhamdulillah. (:
atas insan ini yang telah Kau hadirkan dalam hidupku,
untuk bersama-sama kami mengingat Engkau,
dan bersama-sama kami berpimpin tangan beriringan,
mengingati antara satu sama lain,
menuju redha Engkau yang abadi.

moga akan ada lagi tahun-tahun yang bakal mendatang,
untuk aku bersama-sama dengan insan ini,
melunaskan tanggungjawab kami di bumi yang sementara ini.

sanah helwah sayangku adila fazleen binti che manan. (:
moga Allah redha akan umur awak selama ini.
moga Allah berkati segala amalan awak selama ini.
moga Allah kurniakan lagi semangat untuk awak berjuang dengan kehidupan ini.
moga perasaan putus asa,
langsung lenyap dari kamus hidup awak.
moga, dan agar segala moga-moga ini,
Allah makbul, amiin amin yaRabbal 'alamin.

moga persahabatan ini, bisa menjadi saksi di padang masyhar,
di mana moga kita berada di golongan yang Allah beri syafaat di mana tiada yang boleh beri syafaat, selain Dia yang Esa.

i love you sayang, and because of Allah, i love you even more. <3 <3 <3

Monday, 23 February 2015

tiada gantinya (':


Bismillahirrahmanirrahim

setiap kali bertemu mereka, hati gembira tidak terkata.
bagaikan telah begitu lama tidak berkumpul.
dan setiap kali itulah,
aku ternanti-nanti kan untuk bertautan hati.
Ya Rabbana
jagakan hati mereka,
bersihkan hati mereka dari sebarang bisikan syaitan.
kuatkan mereka menghadapi setiap ujian dalam hidup mereka.
aku tidak mungkin dapat bersama mereka setiap waktu dan ketika.
hanya kepada Engkau sahaja aku meminta,
jagakan mereka Allah,
jagakan mereka agar kami dapat bersama-sama berkumpul di FirdausMu, amiin amin yaRabbal 'alamin.

tijua-tinana-timirah-timel-tilala-tipia-gadispujaan

just



bismillahirrahmanirrahim

may fate fares you well fj.

andai ada jodoh kita,
moga Allah satukan di jalan yang diredhaiNya.
andai tiada,
moga awak berbahagia sesungguhnya.

(':

Sunday, 7 September 2014

noktah.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wassalim

sebulan lagi.
hemm,
tak sabar.
eksaitedddd.
wiwiwiwwiiiiiii~
:D
----------

*shift paradigma*

----------

sebulan je tinggal.
=,=
Allah,
lajukan langkah aku untuk mencari redhaMu dalam masa sebulan lagi.
pecutkan larian amalku
tinggikan himmahku
ampuni segala dosa-dosa aku wahai pemilik nyawaku.
masukkan aku dalam FirdausMu.
binakan aku sebuah rumah di FirdausMu,
berjiran bersama sahabatku,
cahaya petunjuk.
(:
panggil lah aku dalam keadaan khusnul khotimah yaAllah.
hanya rahmat dan keampunan dariMu yang aku harapkan.

allahumma amiin.

Friday, 5 September 2014

that one time

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wassalim

masa balik kampung beraya haritu, nadia (sepupu 8 tahun) tanya, "kenapa pakai tudung?"
masa tu tengah tengok cerita raya dekat tv3. apa ntah tajuk dia (nampak sangat tak penting, hewhew).
orang lain tak dengar, sebab yela. mata semua orang dekat tv lagi.
----------

"kak fatihah.! kenapa pakai tudung?"
ada suara halus jeeee menyapa dekat dengan telinga aku.

1
2
3
4
5 saat



"oh, saja jeeee."
*muka senyum nampak gigi sampai telinga
"oh, okay akak."
*sambung bermain

----------

malu.
budak umur 8 tahun tanya, then kau taktahu nak jawab apa.
kalau kengkawan tanya, bukan main explanation panjang lebar. =,=
kenapa jadi macamtu.?
sebab ------
tak expect.
budak 8 tahun tanya macamtu.
kot la biasa kalau budak tanya kan, mesti macam-----
"kenapa akak tak bukak tudung.?"
"tak panas ke pakai tudung akak.?"
"bukan orang pakai tudung dekat luar rumah je ke akak.?"

haaa, barulah macam ok fatihah.
ni kena terang ni, sat naaaa~

tapi ni tak, terus tanya macam pertanyaan orang dewasa
"kenapa pakai tudung.?"
=,=

"hoiiii.! 8 tahun tu dah besar tahu tak.? dekat sekolah, budak 8 tahun dah pandai tahu tak.?"
=,=

kata daie.
nak ikut sunnah Nabi kan berdakwah.?
kenapa bila orang tanya tak boleh nak jawab.

----------
"sebab kita wajib pakai tudung. sebab dekat dalam rumah ni ada bukan mahram kita."
"apa bukan mahram tu.?"
"bukan apa, tapi siapa, heee. bukan mahram tu, orang yang kalau kita salam dengan dia, kita masuk neraka. sebab kita berdosa salam dengan dia."
"kenapa tak boleh salam dengan dia akak.?"
"sebab orang-orang bukan mahram tu, kita boleh kahwin dengan dia. jadi, kita tak boleh salam dengan dia. bila tak boleh salam, kita pun kena tutup aurat kita. sebab tu akak pakai tudung. sebab akak taknak masuk neraka." (:

"tapi ummi nadia tak pakai tudung pun."
"errrr, cuba nadia tanya ummi senyap-senyap, kenapa ummi tak pakai tudung."
---------

tak belajar anak tu fatihah kalau kau duk escapism je dengan dia, haihhhh~
):
---------
ahammiyah tarbiyyatul aulad kan.

rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yun, waj'alana lilmuttaqina imama.
Allahumma amiin.
(':

Wednesday, 23 July 2014

menemui al-fatih di Bangi. ^^

bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wassohbihi wassalim

"A vision without an action is a halucination." ~ kak sufi

"Pegang lah dengan usrah. Sebab tanpa usrah, seorang Muslim itu tak kan dapat hidup dengan sebenarnya." ~ kak fara

"Bawak usrah dekat uia ke?" ~ adik dayah

"Let the power of Almighty do the magic on you, not the power of science." ~ kak sufi

"Bila kita dah dapat something, jangan segan silu sampaikan dekat orang. Sebab kita nak jadi baik bukan sorang-sorang kan?" ~ kak tikah

"Kita jangan jadikan kerja kita nanti sebagai alasan kita tak boleh commit dengan dakwah. Sebab dakwah tu kerja utama kita." ~ kak pae

*siap-siap pakai telekung, sarung stoking.
"Akak nak ke mana?"
"Nak pergi buang sampah dekat luar."

*salam-salaman sebaik sampai di Jannah.
"Rasa macam kita pernah berjumpa lah ukhti. Di mana ye?"
"Dekat dapur semalam akak, saya tolong akak masak, keh3."
"Ya Allah akak lupa pulak, ekeke."

------------------

yang paling dirindui,
panggilan "ukhti~"
sebab fes time.

moga ada berkali-kali nya nanti, insha Allah amiin.
----------
may Allah bless all of you ukhteeessss.
may Allah keep you steadfast in His path.
may Allah strengthen you all.
may Allah keep you all in His blessing always and forever, allahumma amiin.

(':

somehow, it feels different. (:

bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alohi wassahbihi wassalim

bila kau rasa seorang
apa yang kau buat, macam kau buat sorang-sorang
macam kau je yang rasa sorang-sorang
macam kau je yang beria sorang-sorang
macam kau je yang buat sengsorang
that's when hadith on ghuraba' apply on you.
bila kau keluar dengan kawan-kawan kau
dan kau semacam tak suka topik yang mereka bincangkan
tak suka perkara yang mereka lakukan
tak suka cara mereka menghabiskan waktu
----------------

Ya muqallibul qulub tsabbit qalbi ala deenik
sebab hati tu tak akan tertarik kepada perkara yang bukan fitrahnya.
(:

Salam 25 Ramadhan 1435H

Thursday, 3 July 2014

rejuvenate your niyyah

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'alaalihi wasahbihi wassalim

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya.
Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.
“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.
Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”
Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.
Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:
Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?
Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.
Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”
Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.
Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.
“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”
Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.
Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..
“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”
Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.
Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.
Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.
Najwa terkedu.
“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.
“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.
“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.
“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.
Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).
Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”
Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”
Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”
“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”
“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.
“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.
“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”
“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.
Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”
Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”
Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”
Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”
“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..
..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”
You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.
Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!
Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.


Tuesday, 20 May 2014

bisikkan pada angin itu.

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wassalim

duhai angin
dengarkan aku,
monologku
tentang Tuhanku
yang aku rasa semakin dahaga akan cintaNya.
cinta yang agung
yang butuh pengorbanan.

saat ini
aku cantingkan atas 'kertas' ini
yang angin,
aku tak mahu jauh dari Penciptamu,
yang hati aku mampu dingin dari merasa tenang
yang aku kejar selama ini

tolong angin---
aku mahu cintai Dia
pada kadar sebenar-benar cinta
seikhlasnya,
setulusnya.

~mendengari Opick feat Fira FLO-Andai Waktu Memanggil~

plant it, will you.?

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi sayyidina Muhammad


Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu

------------------------

Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat
Maka dia tidak akan di balas melainkan sebanding dengan kejahatan itu
Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki maupun perempuan
Sedang ia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk surga
Mereka di beri rizki di dalamnya tanpa hisab


2 rangkap lagu Opick
bila mati, nama kita je yang ada untuk tinggal.
cinta tu, nak taknak, memang kena TINGGALKAN.
segala apa yang kau ada dekat dunia ni,
segala apa yang kau kumpul di atas dunia ni,
semua yang bersifat dunia, sementara ...
TINGGAL.

yang akan teman kau dekat dalam kubur tu,
bukan kawan kau.
bukan makayah.
bukan roommates kita (yang kalau kita takut nak pergi tandas sorang-sorang kita kejut diaorang), bukan.
tapi amalan kita je fatihah, amal jariah yang kau buat tu.
kalau takde amalan,
sepi.sunyi.sendiri.
=,=

Allah pujuk,
kau takkan sendiri, kau takkan seorangan.
kalau buat baik,
buat amalan yang dapat menyolehahkan diri kau,
kau dapat masuk syurga. (provided kau beriman)

tanam la tanaman kau kat dunia ni fatihah,
semaikan dekat akhirat tu nanti.
jaga tanaman tu elok-elok,
bajakan ia, sirami dia.
apa kau taknak hasil tu nanti membanggakan kau.?
(: