Sunday, 7 September 2014

noktah.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wassalim

sebulan lagi.
hemm,
tak sabar.
eksaitedddd.
wiwiwiwwiiiiiii~
:D
----------

*shift paradigma*

----------

sebulan je tinggal.
=,=
Allah,
lajukan langkah aku untuk mencari redhaMu dalam masa sebulan lagi.
pecutkan larian amalku
tinggikan himmahku
ampuni segala dosa-dosa aku wahai pemilik nyawaku.
masukkan aku dalam FirdausMu.
binakan aku sebuah rumah di FirdausMu,
berjiran bersama sahabatku,
cahaya petunjuk.
(:
panggil lah aku dalam keadaan khusnul khotimah yaAllah.
hanya rahmat dan keampunan dariMu yang aku harapkan.

allahumma amiin.

Friday, 5 September 2014

that one time

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wassalim

masa balik kampung beraya haritu, nadia (sepupu 8 tahun) tanya, "kenapa pakai tudung?"
masa tu tengah tengok cerita raya dekat tv3. apa ntah tajuk dia (nampak sangat tak penting, hewhew).
orang lain tak dengar, sebab yela. mata semua orang dekat tv lagi.
----------

"kak fatihah.! kenapa pakai tudung?"
ada suara halus jeeee menyapa dekat dengan telinga aku.

1
2
3
4
5 saat



"oh, saja jeeee."
*muka senyum nampak gigi sampai telinga
"oh, okay akak."
*sambung bermain

----------

malu.
budak umur 8 tahun tanya, then kau taktahu nak jawab apa.
kalau kengkawan tanya, bukan main explanation panjang lebar. =,=
kenapa jadi macamtu.?
sebab ------
tak expect.
budak 8 tahun tanya macamtu.
kot la biasa kalau budak tanya kan, mesti macam-----
"kenapa akak tak bukak tudung.?"
"tak panas ke pakai tudung akak.?"
"bukan orang pakai tudung dekat luar rumah je ke akak.?"

haaa, barulah macam ok fatihah.
ni kena terang ni, sat naaaa~

tapi ni tak, terus tanya macam pertanyaan orang dewasa
"kenapa pakai tudung.?"
=,=

"hoiiii.! 8 tahun tu dah besar tahu tak.? dekat sekolah, budak 8 tahun dah pandai tahu tak.?"
=,=

kata daie.
nak ikut sunnah Nabi kan berdakwah.?
kenapa bila orang tanya tak boleh nak jawab.

----------
"sebab kita wajib pakai tudung. sebab dekat dalam rumah ni ada bukan mahram kita."
"apa bukan mahram tu.?"
"bukan apa, tapi siapa, heee. bukan mahram tu, orang yang kalau kita salam dengan dia, kita masuk neraka. sebab kita berdosa salam dengan dia."
"kenapa tak boleh salam dengan dia akak.?"
"sebab orang-orang bukan mahram tu, kita boleh kahwin dengan dia. jadi, kita tak boleh salam dengan dia. bila tak boleh salam, kita pun kena tutup aurat kita. sebab tu akak pakai tudung. sebab akak taknak masuk neraka." (:

"tapi ummi nadia tak pakai tudung pun."
"errrr, cuba nadia tanya ummi senyap-senyap, kenapa ummi tak pakai tudung."
---------

tak belajar anak tu fatihah kalau kau duk escapism je dengan dia, haihhhh~
):
---------
ahammiyah tarbiyyatul aulad kan.

rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yun, waj'alana lilmuttaqina imama.
Allahumma amiin.
(':

Wednesday, 23 July 2014

menemui al-fatih di Bangi. ^^

bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wassohbihi wassalim

"A vision without an action is a halucination." ~ kak sufi

"Pegang lah dengan usrah. Sebab tanpa usrah, seorang Muslim itu tak kan dapat hidup dengan sebenarnya." ~ kak fara

"Bawak usrah dekat uia ke?" ~ adik dayah

"Let the power of Almighty do the magic on you, not the power of science." ~ kak sufi

"Bila kita dah dapat something, jangan segan silu sampaikan dekat orang. Sebab kita nak jadi baik bukan sorang-sorang kan?" ~ kak tikah

"Kita jangan jadikan kerja kita nanti sebagai alasan kita tak boleh commit dengan dakwah. Sebab dakwah tu kerja utama kita." ~ kak pae

*siap-siap pakai telekung, sarung stoking.
"Akak nak ke mana?"
"Nak pergi buang sampah dekat luar."

*salam-salaman sebaik sampai di Jannah.
"Rasa macam kita pernah berjumpa lah ukhti. Di mana ye?"
"Dekat dapur semalam akak, saya tolong akak masak, keh3."
"Ya Allah akak lupa pulak, ekeke."

------------------

yang paling dirindui,
panggilan "ukhti~"
sebab fes time.

moga ada berkali-kali nya nanti, insha Allah amiin.
----------
may Allah bless all of you ukhteeessss.
may Allah keep you steadfast in His path.
may Allah strengthen you all.
may Allah keep you all in His blessing always and forever, allahumma amiin.

(':

somehow, it feels different. (:

bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alohi wassahbihi wassalim

bila kau rasa seorang
apa yang kau buat, macam kau buat sorang-sorang
macam kau je yang rasa sorang-sorang
macam kau je yang beria sorang-sorang
macam kau je yang buat sengsorang
that's when hadith on ghuraba' apply on you.
bila kau keluar dengan kawan-kawan kau
dan kau semacam tak suka topik yang mereka bincangkan
tak suka perkara yang mereka lakukan
tak suka cara mereka menghabiskan waktu
----------------

Ya muqallibul qulub tsabbit qalbi ala deenik
sebab hati tu tak akan tertarik kepada perkara yang bukan fitrahnya.
(:

Salam 25 Ramadhan 1435H

Thursday, 3 July 2014

rejuvenate your niyyah

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'alaalihi wasahbihi wassalim

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya.
Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.
“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.
Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”
Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.
Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:
Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?
Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.
Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”
Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.
Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.
“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”
Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.
Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..
“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”
Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.
Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.
Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.
Najwa terkedu.
“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.
“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.
“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.
“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.
Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).
Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”
Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”
Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”
“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”
“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.
“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.
“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”
“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.
Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”
Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”
Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”
Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”
“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..
..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”
You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.
Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!
Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.


Tuesday, 20 May 2014

bisikkan pada angin itu.

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wassalim

duhai angin
dengarkan aku,
monologku
tentang Tuhanku
yang aku rasa semakin dahaga akan cintaNya.
cinta yang agung
yang butuh pengorbanan.

saat ini
aku cantingkan atas 'kertas' ini
yang angin,
aku tak mahu jauh dari Penciptamu,
yang hati aku mampu dingin dari merasa tenang
yang aku kejar selama ini

tolong angin---
aku mahu cintai Dia
pada kadar sebenar-benar cinta
seikhlasnya,
setulusnya.

~mendengari Opick feat Fira FLO-Andai Waktu Memanggil~

plant it, will you.?

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi sayyidina Muhammad


Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu

------------------------

Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat
Maka dia tidak akan di balas melainkan sebanding dengan kejahatan itu
Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki maupun perempuan
Sedang ia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk surga
Mereka di beri rizki di dalamnya tanpa hisab


2 rangkap lagu Opick
bila mati, nama kita je yang ada untuk tinggal.
cinta tu, nak taknak, memang kena TINGGALKAN.
segala apa yang kau ada dekat dunia ni,
segala apa yang kau kumpul di atas dunia ni,
semua yang bersifat dunia, sementara ...
TINGGAL.

yang akan teman kau dekat dalam kubur tu,
bukan kawan kau.
bukan makayah.
bukan roommates kita (yang kalau kita takut nak pergi tandas sorang-sorang kita kejut diaorang), bukan.
tapi amalan kita je fatihah, amal jariah yang kau buat tu.
kalau takde amalan,
sepi.sunyi.sendiri.
=,=

Allah pujuk,
kau takkan sendiri, kau takkan seorangan.
kalau buat baik,
buat amalan yang dapat menyolehahkan diri kau,
kau dapat masuk syurga. (provided kau beriman)

tanam la tanaman kau kat dunia ni fatihah,
semaikan dekat akhirat tu nanti.
jaga tanaman tu elok-elok,
bajakan ia, sirami dia.
apa kau taknak hasil tu nanti membanggakan kau.?
(:

mere sapna

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wassalim


yang paling indah bagi aku pada minit kosong titik tiga tujuh.
masyaAllah subhanallah.!
cantiknya ciptaanMu ya Tuhan, =,=

sabar fatihah, sabar.
dekat syurga lagi cantik fatihah.
dekat syurga nanti, mengadu dekat Allah eh.
kata nak pergi sinin, nak pergi sinun.
sabar eh, innallahama'as sobirin.(;

Tuesday, 13 May 2014

you. read this.

bismillahirrahmanirrahim
allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi sayyidina Muhammad

"Kita hendaklah mencintai pasangan kita kerana Allah. Bukan kerana dia adalah pasangan kita, kerana berbeza kita mencintai KERANA ALLAH atau KERANA DIA ADALAH PASANGAN KITA. Sebab mencintai kerana Allah tidak meminta balasan."

"dalam undang-undang percintaan kerana Allah, orang yang paling mencintai kerana Allah itulah yang akan lebih dicintai Allah. kalau isteri mencintai suami lebih dari suaminya mencintainya, maka isteri itulah yang akan lebih DICINTAI ALLAH. dan jika si suami yang mencintai isterinya lebih daripada isterinya mencintainya, maka sang suami yang akan DICINTAI ALLAH lebih. maka dengan itu, kita mesti berebut untuk mendapat cinta ALlah, bukan sekadar mendapat cinta pasangan kita."

"Isteri taat kepada suami sebab Allah yang suruh taat. bukan sebab suami yang suruh, tapi Allah yang suruh. Begitu juga dengan nafkah. Allah yang suruh suami bagi kepada isterinya, walaupun isterinya itu sudah kaya-raya, sudah mewah segala-bagai, sebab Allah yang suruh, kita kena buat. both is tanggungjawab antara suami dan isteri di hadapan Allah. Bukan nya tanggungjawab antara satu sama lain, tapi tanggungjawab dengan Allah azza wajalla." 
 tazkirah Ustazah Maznah Daud
 
  

Sunday, 2 February 2014

az-zariyat:55

bismillahrrahmanirrahim
segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam

"Kita hidup dekat dunia ni, kalau berasa senang, maknanya kita tak kenal apa erti hidup itu yang sebenar. Kerna, sesungguhnya dekat dunia ni, kesenangan itu tak berhak kita kecapi. Tapi dekat sana nuhhh, dekat sana nanti yang baru kita boleh hidup senang."

permusafiran ke pantai timur banyak mengingatkan aku
tentang hidup,
tentang mati,
tentang niat,
tentang hati.

moga setiap sakit makcik Rudy menjadi kafarah kepada setiap dosa-dosa makcik Rudy, amiin.
moga Allah kuatkan hati pakcik Zaini sekeluarga, amiin.
dan
tiadalah peringatan yang paling bermanfaat buat manusia
melainkan, kematian dinihari.

2 Rabiulakhir 1435H
mesej whatsapp dikhabarkan dengan satu berita
Kak Mumtazah Maridi pergi menghadap Ilahi.
dalam keadaan zaujnya redha akan nya,
dalam keadaan semua bersaksi atas keshahadahan nya,
dalam keadaan husnul khotimah
Allahuakbar.!

bukan senang nak kecapi semua tu,
bukan nya mudah nak peroleh pengakhiran macamtu.
tengok macam mana dulu payahnya Kak Mum menapak di jalan ini.
lihatlah duu bagaimana peritnya Kak Mum bermujahadah.

sebab tu fatihah,
jangan letih menapaki kehidupan ini.
andai jatuh,
bangun lagi.
andai gagal,
usaha lagi.
andai lemah,
mohon dikuatkan olehNya.

sehingga ------
nyawa terputus dari jasad.

moga Allah redha, amiin.

secangkir ibrah dari Sabah

bismillhirrahmanirrahim
segala puji-pujian hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam

alhamdulillah, thumma alhamdulillah.
Allah izinkan diri yang marhain ini pergi bermusafir, menghirup udara Sabah yang nyaman. subhanallah
begitu banyak Sabah mengajar aku.
begitu banyak rupanya tarbiyyah Allah.
tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan atas nikmat ini, melainkan
ALHAMDULILLAH yaAllah.!
(:

Dengan lafaz basmallah, perjalanan bermula ke KLIA setelah meeting diadakan di bangunan rektor di UIA untuk 'final touch' program. Sampai di sana lebih kurang pukul 1 lebih. 'bulatan gumbira' diadakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama sendiri. Lebih kurang pkul 3 pagi, masing-masing mencari tempat tidur. Allah menguji kali pertama tatkala semua musolla yang di situ, tak dapat digunakan sehingga pukul 5 pagi. Terpaksa kami tidur beralaskan lantai di KLIA. Allahurobbi. Tuhan saja yang mengerti betapa sejuknya lantai di situ, sehingga menusuk ke tulang, huuu. Tidur yang tidak lena, berbantalkan beg dan lengan, berselimutkan sweater dan tundung, yang telah dipack kan dalam luggage. Namun alhamdulillah, Allah masih hidupkan kami semua keesokan harinya untuk mencari redhaNya. Di situ, Allah ingin mengajar betapa bersyukurnya kau harus mengetahui akan keadaan kau itu. Saat kau masih ada sweater untuk menyelimutkan kau, saat kau masih ada beg untuk berbantalkan kepala kau, saat kau masih ada stoking nak dipakai, saat kau masih ada lantai untuk tidur, saat itu kau sebenarnya sangat beruntung. Kau sangat beruntung fatihah.! Kau sangat beruntung.! Bayangkan saja saudara kita di Syria, di Palestin, di Mesir. Mereka semua tak mempunyai itu semua fatihah. Mereka takde sweater, mereka takde stoking, mereka takde pun lantai.! Allahurobbi

Mereka berbantalkan batu.
Mereka berselimutkan kain buruk.
Mereka berlantaikan tanah.
Mereka itu,
saudara kita.
=.=




"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (ar-Rahman:13)



Flight pagi itu sangat indah, disajikan dengan pemandangan di awan-anwangan. MasyaAllah.! Luas, luas sangat langit itu. Biru, putih. Kombinasi warna yang cantik sekali. Serene. Peaceful.



"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis? Dan di sana Dia menciptakan bulan yang bercahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita (yang cemerlang)?" (Nuh:15-16)


Alhamdulillah, selamat tiba di Sabah dalam pukul 2 petang. Setelah berehat, malam tu ke Tanjung Aru. Tempat air pancut. Macam dekat KLCC. Ada air pancut warna-warni dengan dendangan lagu. Haitu dia pasang lagu tradisional Sabah. Yang cam nya lagu 'Jambatan Tamparuli' je. Yang lain semua macam sangat klasik, heeee.


Alhamdulillah. Esoknya, ke Pulau Manukan. alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Bertadabbur alam juga di situ. Jungle trekking sehingga tiba di sunset point Pulau Manukan. Melihat ombak, menghirup udara segar.Allahuakbar.!




Kemudian ke Kundasang, kaki bukit Gunung Kinabalu. Perjalanan ke sana memakan masa 2 jam lebih. Demikian, kami dikehendaki bertolak awal, kerana pada pukul 6 petang, jalan ke sana akan dipenuhi dengan kabus. Jarak penglihatan, 100m, huuuu. Jalan nya bengkang-bengkok, ditambah dengan menaiki bukit, ditambah pula dengan kabus, huuu. Kami bermalam di penginapan yang terletak 20km dari tempat yang dituju. Allahurobbi. Jalan menuju ke tempat penginapan itu sangat-sangat menguji iman. Menaiki kereta Alza, kami berlapan diuji oleh Yang Maha Penyayang. Jalannya curam, dengan hujan gerimis, dengan kabus, kereta kami tak lepas naik, huuu. Allah saja yang tahu bagaimana perasaan ketika itu. Diuji antara hidup dan mati. Andai brek tak makan, andai enjin mati, andai tayar kereta meletup, Allahurobbi. Doa dan zikir tak putus-putus kami panjatkan. Moga Allah lepaskan, moga Allah selamatkan perjalanan kami. Alhamdulillah, setelah 3x percubaan, kereta kami melepasi curam itu. Namun, apalah ertinya hidup ini tanpa ujian kan.? Sekali lagi Allah uji. Kali ini dengan jalan yang lebih curam lagi, Allahurobbi. Setelah 3x percubaan tak lepas, kami semua turun daripada alza bagi meringankan alza untuk melepasi curam ini. Allah, Allah, Allahurobbi. =.=
Perancangan Allah, kita tak tahu. Aturan Allah tak pernah silap. Allah taknak kita leka dengan kesenangan yang Dia beri. Namun, Allah itu tak kejam. Allah itu tak zalim. Dia lah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Pemberi, Yang Maha Memakbulkan.
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kehilangan harta, jiwa  dan buah-buahan." (al-Baqarah:155)
Pengalaman yang amat berharga. Yang amat-amat memberi peringatan yang mendalam. Moga Allah tingkatkan iman di dada, moga Allah golongkan kami dalam golonan orang-orang yang beriman. Moga Allah sentiasa mengampuni segala dosa-dosa hambaNya ini, amiin amin yaRabbal 'alamin.
Pagi nya, kami menuju ke tempat yang dituju. Satu pengalaman yang menarik, tatkala tempat itu sangat sejuk, airnya pun sejuk, seperti air beku. MasyaAllah, Subhanallah. Bayangkan mengambil wudhu' dengan air sejuk, bersugi dengan air sejuk, brrrrrrrrr.! Begitulah pengalaman orang yang hidup di bumi salji. Sangat tinggi iman mereka tatkala mengambil wudhu' dalam keadaan menggigil, bermujahadah meredah salji ke universiti, Allahu Allah. =.=
Kami tiba di Kundasang pada lewat pagi, alhamdulillah. Tempat tu macam Switzerland. Ada lembu, ada kabus, sejuk, udara nyaman. MasyaAllah, Subhanallah.!







 Kemudian kami berprogram di Sekolah Menengah Agama Tun Ahmad Shah, Inanam, Sabah (TUNAS). Pertama kali berprogram dengan adik-adik sekolah asrama penuh, kenangan nya lain, kenangan nya manis, kenangan nya indah. Makan di dalam tray, mandi kolah, tidur berjemaah dekat bilik tv, Allahurobbi. Menggamit memoriku Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Dan adik-adik di sini, MasyaAllah.! Betul-betul 'qurrata a'yun'. "Rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrataa'yun waj'alana lilmuttaqi na imama, amiin."




Setelah tamatnya 3 hari berprogram, kami bergerak ke pasar Philipphines untuk membeli buah tangan. Makan malam di kedai makan Samudera. Di Sabah, semua makanan laut sangat-sangat murah harganya. Dan makanan darat pula yang mahal, hihi. Alhamdulillah, thumma alhamdulillah.




Terima kasih yang tidak terhingga kepada Suhaimi sekeluarga, yang banyak membantu kami sepanjang trip kami di Sabah. Kepada Ummi Sara, moga Allah limpahkan kebaikan yang berlipat ganda kepada ummi di atas semua jasa-jasa ummi kepada kami. Moga Allah berkati, moga Allah redhai, moga Allah sentiasa melipatgandakan rezeki keluaga ini, amiin amin yaRabbal 'alamin.




Moga Allah redha, moga Allah berkati. Sesungguhnya doa-doa orang bermusafir adalah lebih mujarab. Tatkala sedang bergembira, jangan lupa pada yang sedang bersusah. Doakan sekali untuk mereka, untuk semua. Doa, doa dan doa. Kerana sesungguhnya doa itu senjata mukmin. Alhamdulillah, segala puji-pujian kupanjatkan hanya kepada Allah, yang membuka hati ini, yang mencerahkan pandangan ini, yang sentiasa mengingatkan hati ini akan kebesaranNya. Sungguh lah, bukan mata atau telinga itu yang mati, tapi hati itu yang telah matii. Andai kau bermusafir, pohonlah pada Allah agar dibukakan hati kau untuk menerima tarbiyyah Dia di segenap penjuru perjalanan kau, insha Allah, amiin.




pandangan dari Gunung Kinabalu dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA).

Sabah, moga kakiku Allah jejakkan lagi, amiin. (': 

Friday, 31 January 2014

inside

bismillahirrahmanirrahim
segala puji-pujian hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam

"Dan rahsiakanlah perkataanmu, atau nyatakanlah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati." al-Mulk:13

aku kelu untuk berkata-kata.
aku tidak petah berbicara.
aku selalu bermonolog dalaman.
jujur aku katakan,
aku selalu berdiam.

tapi Tuhan
tak salahkan kalau aku berahsia.?
tak salahkan kalau aku berkata dengan diriku saja.?
tak salahkan kalau aku menangis sendirian.?

aku bukan nak menolak sesiapa yang hadir
cuma -------

kadang-kadang,
sendiri itu perlu kan.?
kalau itu jalan menuju syurga,
tak mengapa kan.?

ku pergi ke laut, jeritku
ku lari ke hutan, teriakku

tapi
aku lebih suka teriakku di dalam hati.
rahsia, hanya Kau yang tahu.

(':

Tuesday, 21 January 2014

quick post

bismillahirrahmanirrahim
segala puji-pujian hanya untuk Allah



hadzha min fadhli robbi.
(semua ini dari Tuhanku)

ilmu aku.
kefahaman aku.
pengertianku.

hadza min fadhli robbi.

tolong -------
ingatkan aku.
sama-sama mengingatkan eh.?

(:

Monday, 20 January 2014

pause...

bismillahirrahmanirrahim
segala puji-pujian hanya untuk Allah

ampuni aku yaAllah.
astaghfiruhal'azim

please make ease of my heart Allah.
make me sincere yaAllah.

ampuni lah aku yaAllah, ampuni lah segala dosa-dosaku yaAllah.
ampunkan aku yaAllah, ampunkan segala dosa-dosaku Allah.
huuuuu


amiin amin yaRabbal 'alamin.

Saturday, 18 January 2014

bedah puisi

bismillahirrahmanirrahim
segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam

KHAMIS, DISEMBER ke-18, 2008
aku ada tongkat sakti
by Fynn Jamal
PUISI TEPI JALAN

aku ada tongkat sakti,
diberi ikhlas sang dewi,
tapi cuma ada satu
hajat dikenan untuk aku.

aku ada tongkat sakti,
semua mau tumpang turi,
diceceh kisah sedih belaka,
hidup siksa rasa neraka.

aku ada tongkat sakti,
siapa harus aku membagi?
kalau ranapnya sama,
siapa layak siapa agaknya?

aku ada tongkat sakti,
maka harus berhati-hati,
ku ukur siapa sahabat aku,
ku timbang juga seteru-seteru.

aku ada tongkat sakti,
hendak adil, serasa mati,
diunjuk si polan, si dia sayu
dihulur si dia, si polan rayu.

aku ada tongkat sakti,
ku buatkan hajat diri sendiri,
"berikan bahagia semua jelata,
biar sentosa, biar saksama"

aku ada tongkat sakti,
namun mungkin tiada sakti,
kerana yang jadi tetap tiada,
masih yang sama, masih yang sama.

"aku ada tongkat sakti,
apakah aku ditipu sang pari?"
dia muncul dan memancar jelas
menghalus bahasa, memberi balas.

"ku beri engkau tongkat sakti,
kau minta itu, ku telah beri,
bahagia itu pada setiap pagi,
yang tidak tuhan biar kau mati."



kokpinggggggggg ~~~~
sayang akak, lillahi ta'ala
aaaaaaaaaaaaaa ~~~~~~~~~
)':

itulah nikmat pertama-tama yang Allah beri pada kita as soon as we can open our eyes.
namun
kita masih merungut,
masih mengeluh,
masih tidak bersyukur.

astaghfirullahal'azim

"Allah-lah yang menjadikan malam untukmu agar kamu beristirahat padanya; (dan menjadikan) siang terang-benderang. Sungguh, Allah benar-benar memiliki karunia yang dilimpahkan kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Ghafir:61)

Allahurobbi
)':

moga kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan itu, amiin.

untuk apa kita bangun tu.?
Allahurobbi
Dia dah jelaskan dalam loveletter Dia.


"Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha." (al-Furqan:47)


bangkit berusaha.
sebarkan kebaikan.
fikir yang baik-baik.
kata yang baik-baik.
tunjuk yang baik-baik.
mengajak kepada kebaikan.
amar ma'ruf, nahi mungkar.

berusaha, usaha dan terus usaha.
sebab,
itu je yang Dia nak tengok.
(:

quick post

bismillahirrahmanirrahim
segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam



sekeping nota.

bisa membawa seribu makna.
bisa memberi peringatan.
bisa menyedarkan hati yang dibuai lena.

yakin fatihah, YAKIN.

moga Allah pelihara.
moga Allah jagakan.
moga Allah lindungi.
andai benar berjodoh,
moga Allah satukan di jalan yang Dia redha.

amin amin yaRabbal 'alamin.

fihizillah awak. (:

a little from Anthem (:

bismillahirrahmanirrahim
segala puji-pujian, hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam

kita kena momokkan fikiran kita
dengan --------


Jangan pernah judge masa lampau orang lain
Mana mungkin kita tahu jika masa lampau nya itu menjadi masa depan kita (naudzubillahi min zalik)
Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah tercemar noda,
kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang dengan lumpur.
Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan beredar daripada situ,
dan bising pada yang salah dan pincang,
jika kita tak pernah singsing lengan untuk membetulkan dan membantu.
Jangan menyalahkan mereka yang hanyut dan sesat,
jika kita tak pernah cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam itu.
Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.


Kamu adalah saksi kepada orang-orang yang telah menyampaikan sebelum kamu,
dan orang-orang selepas kamu adalah saksi kepada kamu.
Maka apakah perkara ini adalah satu perkara yang main-main hadafnya?
Adakah ini perkara yang kamu boleh berpaling daripada kebenaran nya
hanya setelah kamu berjanji akan perlaksanaan nya?


Aku bukan malaikat
aku bukan Nabi.
Aku manusia
punya khilaf
punya dosa.


Tatkala aku menyampaikan
aku juga punya salah dan silap.
Tegur.
Ingatkan.
Sebab kita sama je kan?
Sama-sama manusia.
Sama-sama hamba.
(:

ibrah daripada 2013

bismillahirrahmanirrahim
segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam

Bila Allah kata Dia punya perancangan yang terbaik untuk hambaNya
memang benar.
Bila Dia kata Dia tahu apa yang kita taktahu
memang benar.
Bila Dia kata ini tidak baik untukmu
itu juga benar.

Through the end of 2013,
Allah punya hadiah istimewa buat hambaNya ini.
(:

Allah taught me the meaning of sincerity.
The hard way of course, (sebab Dia sayang lebih ni, heee) and I can’t be more grateful than that, Alhamdulillah.
Allah taught me the true meaning of forgiveness
and because of that Alhamdulillah yaAllah.
He also taught me the exact meaning of jihaad.
Alhamdulillah yaAllah, thumma Alhamdulillah.

Carilah sudut positiviti setiap ujian yang Dia hadirkan.
Find the hikmah,
pray for Allah strengthens your heart.
Afterall, that’s all He wants from you.
(‘:

Friday, 17 January 2014

untukmu ^^,

bismillahirrahmanirrahim
segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam

post ini hadir, tatkala dirimu sedang lelah, penat, tak berdaya ------
ketahui lah sayangku,

Aku tahu kamu sedang berusaha.
Menyebarkan dakwah di sana, mengajak manusia mentauhidkan Allah yang Esa.
Menjaga hablu minnannas, menjaga mutabaah amal.
Memantapkan diri, meningkatkan ibadah.

Aku tahu sayang,
and ------

Allah knows it too sayang. (‘:
In fact,
He knows it very well sayang,
very well enough than you realize.
Every single tear you drop, every effort that you squeeze, every work that you did, every word that you utter, setiap niat yang terlintas di hati, yang tak termenang tangan nak buat, yang tak terkejar nak buat, yang tak berkesempatan nak buat,
HE KNOWS IT sayang,
DIA TAHU. (‘:

Moga Allah mudahkan setiap urusan, moga Allah kuatkan kamu untuk terus tsabat di jalan ini. Jalan yang penuh duri kan? Penuh luka. Jalan yang menghiris pilu. Namun, jalan menuju eternal happiness kan? Jalan kebahagiaan. Jalan yang benar.

Di kejauhan --------

hanya doa yang mampu aku beri, 
setiap masa dan ketika.


Kita boleh jadi hujan kan?
Hujan yang menyatukan bumi dan langit. (‘:

(know that if I were there, I would always hug you sayang. sampai lepas rindu, sampai hilang sesak di dada, sampai bisa mengalirkan secebis kekuatan yang ada padaku ini, kepadamu)


love you sayang, lillahi ta'ala, thru infinity, sampai syurga FirdausNya, biiznillah.
<3 <3 <3